My little hero.. Ezekiel is trying on my new spectacle... Looks nerdy, yet chubby. I don't where are heading to... Pictures taken during my holiday somewhere around June.
Ezekiel is a big brother of Isaac, 3 years old and he himself is 7 years old. Those two always quarrel over everything and its normal for sibling. Their mom playing the referee role by nagging, yelling and caring for both of them. Having two boys is frightening... they turn the house outside down... Having two rascals, smart yet independence boys, sometimes amused me... My sis.. indeed you are supermom!!
Superdude is watching from far...
I looks handsome ka, uncle? Yes.. but not handsome than me
Filem arahan James Lee (Histeria) memperjudikan pelakon-pelakon yang tidak dikenali untuk memeran watak-watak utama. Pelakon-pelakon terkenal seperti Fasha Sandha, Kuswadinata, Patrick Teoh cuma bertindak memegang watak sampingan bagi menyuntik minat penonton. Sini Ada Hantu dibahagikan kepada 4 buah cerita, iaitu Hantu Pisang, Hantu Nombor Ekor, Hantu Asrama dan Hantu India. James Lee mempunyai alasan mengapa dia memilih untuk menghimpunkan keempat-empat buah cerita hantu yang dengan masyarakat Malaysia.
"Ini adalah tawaran yang cukup bagus, empat hantu dalam sebuah filem. Untuk lagenda Melayu, ada hantu pokok pisang. Bagi segmen Cina pula, kita ada hantu yang melibatkan lelaki pergi ke kubur untuk sembahyang bagi mendapatkan nombor ekor. Ketiga adalah hantu Jepun di hostel di mana para pelajar selalu ternampak hantu-hantu Jepun ini berkawad. Akhir sekali adalah hantu India yang memburu dua watak protagonis iaitu pemandu yang menceritakan ketiga-tiga kisah hantu tadi."(Sumber: Tupai.com.my)
Meng (Alvin Wong) dan Bakri (Baki Zainal) ditugaskan untuk membawa keranda berisi mayat lelaki India yang membunuh diri ke sebuah kawasan yang agak jauh dari bandar. Sepanjang perjalanan ke destinasi yang dituju, Meng dan Bakri berbual-bual mengenai cerita hantu yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan membandingkan hantu kaum apa yang lebih hebat.
Hantu Pisang
Seorang remaja lelaki sering dibuli dan ditertawakan oleh rakan-rakan sebaya dengannya kerana tidak mempunyai teman wanita. Atas desakan perasaan untuk memiliki seorang teman wanita yang cantik, lelaki tersebut terpengaruh dengan cerita yang disampaikan oleh seorang pakcik (Kuswadinata) mengenai lagenda Hantu Pisang yang cantik dan mengamalkan petua untuk mendapatkan hantu tersebut. Pokok pisang yang mengeluarkan jantung pisang diikat dengan kain berwarna merah dan disambungkan ke katilnya.Ternyata amalan yang diajar berhasil mempertemukannya dengan wanita yang sangat cantik (Fasha Sandha). yang muncul tepat pukul 12 malam. Suatu hari, rakan-rakannya mentertwakannya kerana tidak mempunyai teman wanita dan mempunyai perasaan terhadap teman wanita rakannya. Dengan perasaan dendam, dia mencabar rakannya untuk datang ke rumah dan bertemu gadis (hantu) yang digelar sebagi teman wanitanya). Disamping itu juga, dia memberitahu teman wanita lelaki tersebut bahawa teman lelakinya menjadikan rumahnya sebagai tempat pertemuan dengan gadis-gadis luar kampung dan mengajaknya untuk melihat sendiri dengan niat untuk memerangkap teman lelakinya. Lelaki tersebut tiba di rumah memperlekehkannya, tepat jam 12 tengah malam, hantu tersebut muncul dan lelaki tersebut diajak bertemu dengan teman wanitanya. Lelaki itu dibiarkan bersama wanita cantik itu dan bertemu dengan teman wanita rakannya yang baru tiba. Dia mengajak wanita itu melihat 'kejahatan' teman lelakinya dan terkejut apabila melihat wanita cantik berubah wajah. Bermulalah pergelutan diantara wanita yang cuba menyelamatkan teman lelakinya dengan memotong lilitan kain merah pada pokok pisah. Akhirnya lelaki itu dibunuh oleh amarah hantu pisah.
Hantu Nombor Ekor
Empat sekawan ingin mencuba nasib dengan bermain nombor ekor setelah mendengar kisah lagenda daripada pak cik (Patrick Teoh) mereka yang pernah mendapat kemenangan besar daripada judi nombor ekor. Mereka berjumpa dengan pak cik tersebut dan bertanyakan syarat-syarat pemujaan hantu nombor ekor. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah mendapatkan sebuah kubur yang 'keras', buluh hijau dan memaksa hantu itu keluar dengan memberikan darah haiwan. Syarat yang terakhirkan yang menyebabkan mereka pening kepala kerana keliru dengan sebutan pakcik tersebut yang kedengaran hampir sama (Kantonis), iaitu antara darah anjing atau darah ayam. Setelah semua syarat-syarat dipenuhi, mereka harus bersumpah untuk mengotakan setiap janji mereka. Namun hantu yang ditunggu tidak muncul-muncul dan mereka beredar daripada kawasan perkuburan Cina. Tetapi anehnya mereka kerap diserang dan menyebabkan mereka mati satu persatu. Rakan pertama terserempak dengan hantu (wanita cantik menggunakan cheongsam) tersebut, jatuh sakit dan akhirnya mati. Ketiga-tiga mereka mulai bercakaran mempersalahkan antara satu sama lain kerana memuja kubur tersebut. Pada malam yang sama, rakan mereka diganggu oleh hantu tersebut sewaktu memandu pulang. Beliau sangat terkejut dan berlari ke arah bukit. Tanpa disangka-sangka sebuah kereta datang daripada arah bertentangan dan melanggarnya. Rakan yang masing hidup runsing mengenangkan nasib rakan-rakan mereka yang mati dengan tragis. Seorang daripada bertindak berjumpa dengan pendita di tokong Cina untuk menyelesaikan masalah mereka. Pendita Cina tersebut menerangkan bahawa roh wanita yang dipuja oleh mereka tidak tenteram dan menuntut 3 nyawa sebagai korban. Pada waktu hidupnya, wanita tersebut dirogol oleh tiga lelaki yang tidak dikenali. Oleh sebab itulah rakan-rakan mereka mati sebagai ganti untuk permohonan mereka, iaitu nombor. Setelah tahu rahsia disebalik kematian rakan-rakan mereka, tanpa membuang masa, John mengajak rakannya kembali ke kubur tersebut. John membunuh rakannya dengan kejam kerana takut menjadi mangsa yang ketiga. Setelah ditunaikan syarat hantu tersebut, John pun mendapat nombor yang dikehendaki. John yang sememangnya mempunyai hutang keliling pinggang pulang dengan gembira cuba untuk membeli 4D dengan nombor tersebut melalui telefon. Tanpa disedari sekumpulan Ah Long datang menyerang John dan John akhirnya mati serta merta.
Hantu Asrama
Mengisahkan pengalaman sekumpulan pelajar lelaki sekolah menengah yang sering diganggu hantu Jepun. Seorang pelajar baru yang bermasalah bernama Yakub dibuli oleh rakan-rakan sebiliknya Aman, Amran dan Amin. Tetapi mereka akhirnya menjadi kawan rapat. Pada suatu hari, Yaakub menceroboh kawasan larangan yang menjadi punca beliau dimarahi oleh tukang kebun. Kawasan tersebut adalah gelanggang futsal yang terbiar. Malam tersebut, salah seorang daripada rakan mereka ingin membuang air kecil dan meminta ditemani oleh rakan-rakan mereka. Tetapi mereka menolak untuk menemani dan memberikan alternatif lain untuk membuang air kecil, iaitu ke dalam plastik. Kebetulan Yaakub terlihat karenah rakan sebiliknya. Keesokan harinya semua pelajar dihukum kerana membuang plastik yang berisi kencing merata-rata. Mulai disitulah perhubungan mereka semakin rapat, setelah Yaakub tidak memecah rahsia pelajar yang kencing di dalam plastik. Mereka mulai menceritakan rahsia mengapa pelajar-pelajar tidak sanggup keluar daripada bilik pada waktu malam. Berdasarkan cerita senior mereka, pada waktu malam hantu-hantu askar Jepun berkeliaran dan berkawad di padang futsal yang merupakan kubur askar Jepun. Selain dari padang futsal, hantu Jepun juga sering kelihatan di tandas. Suatu malam, Yaakub mengalami sakit perut mengajak rakan-rakannya untuk menemaninya dan mencabar kesahihan cerita senior mereka. Dalam keadaan ketakutan, mereka bertiga bercerita mengenai hantu Jepun yang hanya sekadar cerita lagenda pada tanggapan mereka. Tiba-tiba hantu Jepun muncul menyebabkan ketiga-tiga mereka bertempiaran meninggalkan Yaakub sendirian di dalam tandas. Menyedari kawan-kawan meninggalkannya, Yaakub menjangka kawan-kawannya hanya cuba untuk mempermainkannya. Beliau sangat terkejut bila hantu Jepun muncul di tandas yang menyebabkan Yaakub berlari sehingga ke padang futsal. Di padang tersebut, Yaakub dikerumuni sekumpulan askar Jepun bersenapang. Tukang kebun datang menyelamatkan Yaakub dengan memohon kepada komander askar Jepun tersebut untuk tidak mengganggu Yaakub dalam bahasa Jepun.
Hantu India
Kisah hantu India adalah puncak ataupun klimak kepada Sini Ada Hantu yang mempertemukan jalur cerita dengan Meng dan Bakri. Namun bagaimanakah hanti India digambarkan, Anda harus saksikan sendiri.
Berbekalkan bajet bernilai RM500,000.00, James Lee berusaha untuk mengkreatifkan filem arahannya untuk menjadi sebuah karya yang wajid tonton. Lupakan solekan ala Hollywood, sinematografi spektakular, mahupun lakonan barisan pelakon gred A. Sesungguhnya Sini Ada Hantu tidak mengecewakan dan membuatkan anda tidak kering gusi.
Secara jujurnya kelemahan filem James Lee mungkin terletak di atas dua perkara; pemilihan pelakon khususnya pengkisahan Hantu Pisang dan penyampaian bahasa oleh pelakon-pelakon yang terlalu mengikut teks. Namun mujur di selamatkan oleh lakonan bersahaja Alvin Wong dan Baki Zainal yang membuatkan penonton pecah perut.
Lakonan : B+
Sinematografi : B
Lakon Layar : B
Plot Cerita : B+
Keseluruhan : B+
Terbitan: Double Vision & Astro Shaw
Arahan: By James Lee
Genre: Seram Komedi
Bahasa: Bahasa Melayu and Cina (Kantonis)
Pelakon: Alvin Wong, Baki Zainal, Rama, Fasha Sandha, Mandy Chen, Goh Sin Ping, Mano Maniam, Sufian Mohamed, Beto Kusyairy, Eira Syazira, Kuswadinata, Zaki Zabidi, Pete Teo, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Wong Chee Hong, Patrick Teoh, Mohd Qhaud Abd Rashid, Taiyuddin Bakar, Chommat Samad, Amerul Affendi, Kazaruddin Saisi, Zuraini Kassim.